Translate

Asbabun Nuzul

Judul Buku: Asbabun Nuzul Untuk Zaman Kita
Kisah Nyata Di Balik Turunnya Ayat-Ayat Suci AL-QURAN
Penerbit: Zaman, Jakarta, 2008.
Penterjemah: Dedi Slamet Riyadi.

Ketika seseorang mengalami kesukaran memahami makna sesuatu ayat al-Quran, ke manakah mereka akan merujuk? Berdasarkan pendapat Ibnu Taimiyah, beliau “mengetahui sebab turunnya ayat-ayat al-Quran akan membantu seseorang itu memahami kandungan makna dan kejelasan maksud ayat-ayat tersebut.”Bertolak dari naluri itulah saya menjadi semakin seronok dan selesa untuk mencari petunjuk, disebabkan latar belakang pendidikan sekular yang saya lalui, saya tidak boleh berbahasa Arab, tetapi masih boleh membaca al-Quran, sangat membantu saya memahami kehidupan dengan merujuk beberapa buah buku berkenaan dengan kisah di balik turunnya ayat-ayat al-Quran.

Menurut para peneliti, sifat ayat-ayat al-Quran secara umum dapat dibagi menjadi dua, yakni muhkam dan mutasyabihat. Muhkam bererti kalam, yaitu mengandung makna yang jelas, dan tidak samar-samar. Maksudnya, ayat tersebut membawa arti secara langsung, dan tidak berkias-kias. Ini sesuai dengan maksud surah al-Baqarah ayat 255 dan Ali-Imran ayat 2, Allah berfirman: “Allah, tiada Allah melainkan Dia Yang Hidup.”

Mutasyabihat merupakan ayat-ayat yang belum jelas maknanya, dan memerlukan usaha yang sungguh-sungguh untuk memahaminya, karena ia mungkin merupakan maksud bukan selapis, penuh dengan kiasan. Kita memerlukan kedalaman ilmu dan keah;ian khusus untuk menyelami maknanya. Menurut Prof. Wahbah Zuhaili, dalam Ensiklopedia al-Quran, terdapat tiga jenis ayat-ayat al-mutasyabihat.

Pertama ialah sesuatu yang tidak dapat dicapai kedalaman maknanya oleh manusia, seperti pengetahuan mengenai Zat Allah s.w.t, sifat-sifat-Nya dan hal-hal yang ghaib. Ini adalah selaras dengan firman-Nya; “Dan di sisi Allahlah kunci-kunci semua yang gaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri.” (Qs. al-An’am[]: 59)

Kedua, apa yang mungkin bagi seseorang dapat diketahui dan difahami melalui kajian dan pembahsan dengan teliti, sebagaimana firman Allah s.w.t: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa.” (QS. al–Baqarah[2]: 183) Misalnya perkataan saum (berpuasa) dan al-imsak (menahan). Antara kedua perkataan itu tidak ada batasan tertentu yang jelas. Maka untuk mendapatkan pengetahuan atasnya, kita memerlukan rujukan terhadap nas-nas syarak, sehingga memperoleh pengertian bahwa makna perintah Allah s.w.t itersebut adalah berpuasa dengan menahan diri dari perkara-perkara yang dapat membatalkan puasa sejak terbit sehingga terbenamnya matahari.

Ketiga, kita mungkin dapat memperoleh suatu makna dengan belajar dari para cendekia , termasuk alim ulama. Mereka sanggup mengkaji secara mendalam makna yang dikandung suatu ayat, sehingga mampu memberikan kepada kita apa yang tidak mampu kita fikirkan. Mereka adalah golongan yang tinggi pengetahuan dan mujahid pilihan. Dengan memahami ayat-ayat muhkam dan mutasyabihat, seorang muslim tentunya dapat memahami secara mendalam berbagai ajaran yang terkandung di dalam ayat-ayat al-Quran. Memahaminya ayat-ayat al-Quran merupakan modal awal untuk kita mencintai keindahan dan kebesaran Allah s.w.t.

Adapun asbabun nuzul (sebab-sebab diturunkannya) ayat diperlukan untuk mengetahui konteksnya. Dalam buku ini Fathi Fawzi ’Abd Al-Muti coba menghubungkan berbagai peristiwa dalam kehidupan Rasullullah s.a.w sejak awal kelahiran Islam hingga beliau wafat. Al-Muthi menjelaskan sepanjang lebih 23 tahun Rasullullah s.a.w hidup di Mekah dan Madinah, terdapat beberapa peristiwa yang mengandungi pelbagai hikmah. Antaranya, menjelaskan kaedah dan dasar syariat, akidah, dan fiqh sebagai pedoman bagi kaum muslimin. Peristiwa-peristiwa itu juga sebenarnya untuk menyingkapkan pelbagai kebenaran, ketetapan dan menghilangkan keraguan sesetengah manusia.

Bagi membantu penulis menjelaskan maksudnya kepada masyarakat, digunakan bahasa yang mudah dan dilengkapkan dengan dialog. Melalui kaedah tersebut, pembaca bukan sahaja memahami maksud sesuatu peristiwa sebaliknya turut merasai kesan psikologi peristiwa tersebut. Isi kandungan buku ini dibahagikan kepada tujuh bahagian dan dikategorikan berdasarkan kedudukan seseorang tokoh yang dikupas oleh pengarang.

Berkenaan ayat-ayat al-Quran yang menyingkap para sahabat, penulis membuat huraian kepada 7 orang tokoh. Antaranya ialah Abdurrahman Ibn Abu Bakar, Abdullah Ibn Ruwahah, Abdullah Ibn Jahsy, Asid Ibn Al-Hadhir, Ubay Ibn Ka’b dan Abu Lahab Ibn Abd Al-Mundzir.Terdapat tiga wanita yang disorot oleh pengarang mengenai isteri-isteri Rasullullah SAW. Wanita-wanita tersebut ialah Ramlah Binti Abu Sufyan, Ummul Mukminin Ummu Salamah dan Ummul Mukminin Saudah Binti Zam’ah.

Tokoh-tokh yang menjadi teladan dalam ketetapan syariat, pengarang menyorot mengenai Zaid Ibn Haritsah, Hathib Ibn Abi Balta’ah, Umrah (isteri Sa’d Ibn Al-Rabi’), Utsman Ibn Thalhah, Martsad Ibn Abi Martsad dan Utsman Ibn Mazh’un.Khaabab Ibn Al-Urti mewakili tokoh yang mewakili golongan hamba, manakala mengenai tokoh Yahudi ialah Abdullah Ibn Salam, Zaid Ibn Al-Samin dan Ka’ab Ibn Al-Asyraf. Bab al-Quran dan kaum kafir Quraisy, pengarang cuba menyorot sisi peribadi Al-Hakam Ibn Hisyam (Abu Jahal), Umayyah Ibn Khalaf dan Al-Nadhar Ibn Al-Harits.

Bab terakhir membicarakan mengenai nabi-nabi palsu melalui tokoh Musailamah, seorang pendusta dari Bani Hanifah.Abdullah Ibn Jahsy ialah sepupu Rasullullah dan berkawan rapat sejak kecil. Selepas masyarakat Mekah berselisih faham mengenai kedudukan Rumah Tua, sebuah rumah yang terletak berhampiran Kaabah dan banyak menyimpan khazanah berhala apabila hampir musnah dilanda banjir. Rumah Tua itu dicadangkan supaya diruntuhkan dan kemudiannya dibina kembali, manaka satu kelompok lagi bercadang memperbaiki bahagian-bahagian yang rosak sahaja.

Dengan diketuai oleh al-Walid Ibn al-Mughirah, seorang wira yang telah mengharamkan minum arah bagi seluruh keluarganya sebelum memeluk Islam atas alasan merosakkan akal dan menghilangkan kesedaran, ciri-ciri yang tidak sepatutnya melayakkan seseoarng itu menjadi pemimpin, akhirnya Kaabah itu dirobohkan. Kaabah kemudiannya dibina kembali secara gotong royong oleh penduduk Mekah, termasuklah Rasullullah s.a.w dan Abdullah Ibn Jahsy.

Penduduk Mekah turut berselisih faham mengenai siapakah yang paling layak untuk meletakkan kembali Batu Hitam, sehingga hampir terjadi peperangan. Akhirnya mereka bersetuju untuk menyerahkan keputusan meletakkan kembali Batu Hitam kepada orang yang paling awal memasuki Kaabah dari pintu al-Shafa. Orang yang pertama memasuki pintu tersebut ialah Rasullullah s.a.w, dan dengan kebijaksanaan Muhamad Ibn Abdullah, dihamparkan sehelai kain dan di tengah-tengahnya diletakkan Batu Hitam. Setiap pemimpin yang mewakili kumpulan-kumpulan kaum yang berkonflik itu diminta untuk memegang setiap bucunya, semuanya mempunyai kehormatan dalam meletakkan kembali Batu Hitam.

Orang yang paling gembira sekali ialah Abdullah Ibn Jahsy.Pada bulan Rejab tahun 2 Hijrah, setelah 17 bulan kaum muslim menetap di Madinah, Rasullullah s.a.w membentuk satu pasukan sulit. Keanggotaannya adalah seramai 9 orang, daripada kaum Muhajirin.Abdullah Ibn Jahsy kemudiannya dilantik sebagai ketua dan diberikan sepucuk surat. Rasullullah s.a.w turut berpesan:“Setelah berjalan selama dua hari, bukalah surat ini dan lihatlah apa yang terkandung di dalamnya. Lakukanlah apa yang diperintahkan, jangan memaksa sahabat-sahabatmu untuk mengikuti keputusanmu.”Sebelum memulakan langkah, Rasullullah s.a.w meminta Abdullah berikrar untuk menjaga kaum Muslim dan menentukan keselamatan mereka. Mereka berjalan secara senyap-senyap selama dua hari menuju ke selatan, akhirnya tiba di Bahran (jaraknya 150 kilometer dari Madinah). Setelah dibuka surat tersebut, tertulis ”Jika engkau telah membuka suratku ini, teruskan perjalanan sehingga sampai di Nakhlah (jaraknya 150 kilometer dari Mekah dan jarak dari Taif ialah 50 kilometer), antara Mekah dan Taif. Sesampainya di sana, dapatkan berita mengenai kaum Quraisy.”

Sebagaimana diharamkan oleh seluruh penduduk Arab, bahwa dalam bulan Rejab dilarang berperang. Setibanya di Nakhlah, semasa sedang berisitirehat, pasukan Abdullah telah terserempak dengan sekumpulan kabilah Quraisy yang baru balik daripada berdagang. Kabilah tersebut menuju ke arah mereka, dan pada saat itu Abdullah teringatkan peristiwa bagaimana mereka telah diusir oleh Quraisy Mekah. Ingatan itu menyebabkan Abdullah berfikir bahawa adalah paling tepat untuk membalas dendam dan merampas kembali harta benda yang pernah dilakukan oleh Abu Sufyan.Dalam hati kecilnya terbetik pertanyaan, jika berperang akan mendapat risiko kutukan besar oleh seluruh masyarakat Arab. Disebabkan rasa marah yang meluap-luap, Abdullah memilih keputusan untuk berperang, walaupun diharamkan dalam bulan Rejab.

Allah SWT berdiri di samping Abdullah Ibn Jahsy dan kawan-kawannya. Sepotong ayat diturunkan melalui perantaraan Nabi Muhamad s.a.w memberikan keterangan bahawa dosa yang paling besar sekali ialah fitnah. Firman-Nya bermaksud: “Mereka bertanya tentang peperangan pada bulan-bulan haram, katakanlah bahawa peperangan di dalamnya adalah dosa besar dan (bererti) menentang jalan Allah, serta kafir kepada-Nya, dan Masjidil Haram serta pengusiran pemilknya dari sana adalah dosa yang paling besar di sisi Allah dan sesungguhnya fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh (berperang) dan mereka masih saja memerangi kalian hingga mereka dapat mengusir kalian sekemampuan mereka.” (al-Baqarah: 217)

Menurut pengarang, kata-kata dalam ayat tersebut ”menunjukkan kasih sayang Allah kepada Rasullullah s.a.w dan kaum Muslimin, terutama kepada Abdullah Ibn Jahsy dan kawan-kawannya. Pembebasan itu turun daripada Allah, dari atas langit ketujuh sebagai penghormatan kepada mereka serta pemuliaan terhadap keberanian dan kepahlawanan mereka. Ayat itu merupakan rahmat sehingga mereka terlepas dari keburukan dan kesalahan. Mereka benar-benar tulus dan ikhlas berjuang di jalan Allah dan demi menegakkan kalimat-kalimat-Nya.” (hal. 65)

Mengenai kisah Anas Ibn Al-Nadhir, seorang lelaki yang amat meyakini janji-janji Allah s.w.t, dilatari dengan turunnya ayat ke 23 dan 24 surah Al-Ahzab, kerana tidak dapat bersama melawan tentera musuh dalam Perang Badar, semangatnya tetap membara. Pada suatu hari beliau mendapat khabar bahawa kaum kafir Quraisy sedang bersiap sedia untuk menyerang Madinah bagi membalas dendam kekalahan dalam Perang Badar.“Anas mempersiapkan dirinya untuk menjadi salah satu pejuang yang membela dan mempertahankan Islam menghadapi kaum kafir Quraisy dan sekutu mereka. Tak cukup dengan itu, Anas juga mengajak banyak anggota kaumnya untuk ikut serta dalam peperangan itu, termasuk antaranya Haram Ibn Mulhan.”

Dan ketika mengetahui bahawa kaum kafir Quraisy melibatkan para wanita mereka dalam perang itu, Anas mengajak banyak wanita dari kaumnya untuk bergabung dengan kaum muslim, termasuk di antaranya Ummu Sulaim bint Mulhan, dan adiknya, Ummu Haram binti Mulham.” (hal. 93)Dalam peperangan tersebut, tentera kaum muslimin berpecah belah sehingga tidak dapat kenal antara satu sama lain. Keadaan itu telah dapat dihidu oleh Khalid ibn al-Walid untuk menyatukan kembali kekuatan tentera Quraisy untuk menyerang tentera Islam.

Dalam peperangan tersebut, Rasullullah s.a.w turut cedera parah setelah terkena lontaran batu dan terjatuh dalam sebuah lubang yang digali oleh pihak musuh. Kumpulan kafir Quraisy berteriak girang mengkhabarkan bahawa Nabi Muhammad s.a.welah wafat.Anas memimpin kembali tentera Islam dan membangkitkan semula semangat juang. Dengan semangat juang yang tinggi, Anas bertemu dengan Sa’d ibn Muaz dan terus berkata, ”Hai Sa’d, demi zat yang jiwaku berada di tanganNya, aku mencium wangi syurga”. Dengan kekentalan semangat tersebut, akhirnya Anas mengharungi medan peperangan melawan musuh.

Setelah selesai Perang Uhud itu, sebahagian pasukan Islam cuba mencari-cari di manakah Anas. Adik Anas, al-Rabi’ binti al-Nadhr membawa khabar duka bahawa abangnya itu telah terkorban. Ia tetap bangga dengan keberanian abangnya dan berdoa agar turut diberikan kesempatan untuk membunuh si pembunuh abangnya.Allah menjelaskan bahawa Anas telah memenuhi janjinya,”Di antara orang mukmin itu ada orang yang menepati janji mereka kepada Allah. Di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu, dan mereka tidak mengubah (janjinya). Allah memberikan balasan kepada orang yang benar itu kerana kebenarannya, dan menyiksa orang munafik jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzab: 23-24)

Buku setebal 423 muka surat ini terasa begitu nipis di mana saya mengambil masa yang singkat untuk menghabiskannya. Cuma sesekali saya terpaksa bersandarkan kamus Bahasa Inggeris-Indonesia kerana terdapat beberapa istilah yang diterjemahkan oleh Dedi Slamet Riyadi kurang saya fahami. Walau bagaimanapun buku ini memangnya patut dipuji kerana kisah yang dibentangkan di sebalik turunnya ayat-ayat al-Quran terpilih berdasarkan kekuatan tokoh, contoh teladan yang terbaik.Kita sebagai seorang Islam boleh meneladani tokoh-tokoh yang disorot itu. Setiap peristiwa yang dibahas membawa banyak pengajaran dan mampu mengungkapkan kembali peribadi seorang Muslim sejati.

[Resensi Buku: KAMARUN KH]
Baca Juga

Posting Komentar

0 Komentar